Selamat datang ke Kumpulan HS Nada. Kumpulan ini terdiri daripada HS Nada Sdn Bhd (478951-A) , HS Nada Processing Sdn Bhd, HS Nada Ternak Sdn Bhd dan HS Nada Catering & Services Sdn Bhd. Kumpulan ini bergerak secara bersepadu dalam mengembangkan industri ternakan dan penghasilan produk berasaskan daging halal di Malaysia.
HS Nada berpengalaman lebih dari 40 tahun di dalam industri ini. Bermula dari tahun 1975 yang diasaskan oleh Tuan Hj. Md Hassan Bin Man, kini telah berkembang dan pakar di dalam semua aktiviti dan proses lengkap dari Penternakan, Penyembelihan, Pemprosessan, Penjualan dan Pemasaran produk HS Nada.
Matlamat HS Nada adalah membantu pengguna di Malaysia atau di peringkat antarabangsa untuk mendapatkan produk daging Halal dan segar tanpa was-was dari segi kualiti dan kesuciannya dengan mempunyai rantaian lengkap dari Ladang, Rumah Sembelihan dan Kilang Pemprosesan yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhdimatan Veterinar dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Menjadi syarikat peneraju terunggul dalam pengeluaran rantaian lengkap produk halal dan toyyib berasaskan daging serta berdaya saing di Malaysia.
Â
Permulaan perniagaan bertapak di Pasar Malam dan Pasar Selayang oleh pengasas, Tuan Hj Md Hassan Bin Man.
Bangunan Wisma 4 Tingkat di Selayang Baru dibangunkan.
Permulaan aktiviti ternakan secara fidlot di Kuang, Selangor
Lawatan Menteri Besar Selangor ke Pusat Ternakan HS Nada
Pendaftaran secara rasmi HS Nada Sdn Bhd
Kelulusan Rumah Sembelih Swasta HS Nada
Pendaftaran secara rasmi HS Nada Marketing Sdn Bhd dan HS Nada Ternak Sdn Bhd
Perkembangan terminal jualan ke 23 lokasi
Lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Haji Badawi ke Pusat Ternakan & Sembelihan HS Nada.
Permulaan proses kajian dan penyelidikan (R&D) untuk produk hiliran HS Nada
Pembekalan produk hiliran secara kontrak (OEM)
Pelancaran produk dibawah penjenamaan premium Hs Nada, Lahm Baqar.
Pendaftaran secara rasmi HS Nada Catering & Services Sdn Bhd
Pembukaan Kedai daging dan restoren
Pembekalan produk hiliran aneka sosej secara pukal (OEM)
Lawatan rasmi Menteri Agama, Datuk Zulkifli Mohammad Al-Bakri ke Pusat Sembelihan HS Nada
Penstrukturan semula Kumpulan HS Nada
Ternakan lembu fidlot di ladang persendirian di Kuang, Selangor
Pusat Sembelihan Swasta Persendirian  yang beroperasi sejak tahun 2000 dengan penyembelih bertauliah yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Pengeluaran produk daging serta produk hiliran yang mempunyai sijil HALAL
Pembekalan dan pemasaran produk segar secara fizikal dan atas talian.
Penghantaran pantas secara terus ke rumah
No.2, Wisma Nada, Jalan 11, Selayang Baru,
68100 Batu Caves,
Selangor
03-6138 7681 (Phone)
03-6136 8598 (Faks)
sales@hsnada.com.my