RESEPI KARI TULANG

Bahan-bahan:

  • 1kg Tulang lembu
  • 10 ulas Bawang merah
  • 4 ulas Bawang putih
  • 1/2 inci Halia
  • 1 Kulit kayu manis
  • 3 biji Pelaga
  • 2 biji Bunga lawang(2)
  • 3 sudu besar Rempah kari daging
  • 1 tangkai Daun kari
  • 1 sudu besar Cili giling
  • 2 biji Cili merah/ hijau
  • 3 biji Ubi kentang
  • 3 cawan Santan
  • Air asam jawa
  • Gula dan garam

 

Langkah-langkah:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Tumis bahan kisar, daun kari dan rempah kasar (Kulit kayu manis, Pelaga dan Bunga lawang).
  3. Biarkan sehingga naik wanginya dan masukkan cili giling.
  4. Biarkan seketika dan masukkan serbuk kari.
  5. Kacau dan tambahkan sedikit air.
  6. Masukkan tulang lembu dan tunggu sehingga daging di tulang empuk.
  7. Masukkan santan dan ubi kentang.
  8. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
  9. Biarkan sehingga naik minyak dan menjadi kelihatan cantik.
  10. Siap untuk dihidang~

Share Recipe :

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp

No.2, Wisma Nada, Jalan 11, Selayang Baru,
68100 Batu Caves,
Selangor
03-6138 7681 (Phone)
03-6136 8598 (Faks)
sales@hsnada.com.my

All Right Reserved@2021

All Right Reserved@2021

Scroll to Top
Open chat